suria

Gol Bellamy Bantu Liverpool Mara Ke Wembley

Bellamy menjaringkan gol kedua untuk membantu Liverpool mara ke final dengan agregat kemenangan 3-2.
Bellamy menjaringkan gol kedua untuk membantu Liverpool mara ke final dengan agregat kemenangan 3-2.
Bellamy menjaringkan gol kedua untuk membantu Liverpool mara ke final dengan agregat kemenangan 3-2.

LIVERPOOL: Craig Bellamy membawa tuah kepada Liverpool apabila gol penyamaannya memastikan bekas kelabnya, Manchester City terkeluar daripada saingan final Piala Liga Inggeris pada aksi dramatik separuh akhir kedua, di Anfield, awal pagi Khamis.

Ketika wisel penamat, kedua-dua pasukan seri 2-2, namun Liverpool mara ke final di Wembley untuk bertemu Cardiff City, bulan depan dengan kemenangan agregat 3-2.

Pada aksi separuh akhir pertama lalu, Liverpool mengejutkan tuan rumah 1-0.

City terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan jarak jauh Nigel De Jong pada minit ke-31 sebelum Steven Gerrard menyamakan kedudukan 1-1 menerusi penalti pada minit ke-41.

Penyerang City, Edin Dzeko kembali meletakkan agregat 2-2 apabila meledak gol pada minit ke-67, namun Bellamy memberi kelebihan kepada Liverpool menerusi jaringannya pada minit ke-74.

Liverpool akan menentang Cardiff City yang mara lebih awal selepas menewaskan Crystal Palace 3-1 menerusi penentuan penalti, awal pagi Rabu.

Cardiff melakukan penampilan final ketiga di Wembley dalam tempoh empat tahun selepas tewas 0-1 kepada Portsmouth pada final Piala FA 2008.

Pasukan itu turut tewas 2-3 kepada Blackpool dalam aksi final play-off Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan, dua tahun lalu.

Senarai Pemain:

Liverpool: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Jose Enrique, Henderson, Adam, Downing, Gerrard, Bellamy, Kuyt. (Pemain gantian: Doni, Carroll, Maxi, Coates, Carragher, Shelvey, Kelly.)

Man City: Hart, Richards, Savic, Lescott, Kolarov, De Jong, Barry, Zabaleta, Silva, Nasri, Dzeko. (Pemain gantian: Pantilimon, Milner, Johnson, Aguero, Hargreaves, Clichy, Rekik)

Gelanggang:Anfield

Pengadil:Phil Dowd (Staffordshire)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain