suria

Balotelli Rasa Dianiayai: Raiola

Parker (tengah) menerima rawatan selepas kepalanya dipijak Balotelli (berdiri) pada aksi Ahad lalu.
Parker (tengah) menerima rawatan selepas kepalanya dipijak Balotelli (berdiri) pada aksi Ahad lalu.
Parker (tengah) menerima rawatan selepas kepalanya dipijak Balotelli (berdiri) pada aksi Ahad lalu.

PENYERANG Manchester City, Mario Balotelli merasakan dirinya dianiayai dan mungkin akan berhenti beraksi dalam Liga Inggeris jika terus menerima layanan tidak adil, jelas ejennya, Mino Raiola, Rabu.

Pemain kelahiran Itali itu berdepan dengan empat penggantungan perlawanan apabila didakwa melakukan tindakan ganas oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berikutan insiden pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur, Ahad lalu.

“Dia merasakan dianiayai dan tidak boleh meneruskan situasi ini.

"Kami mempunyai gambaran jelas sejak kariernya bermula dan saya telah memberitahu pihak media bahawa Mario perlu berada di City sekurang-kurang tiga hingga empat tahun untuk membantu kelab ini.

“Secara jelasnya, jika dia terus digantung setiap tiga atau empat perlawanan untuk satu alasan atau lain, kami tidak boleh berdepan lagi dan perlu menamatkannya.

“Kalau pengadil Inggeris atau pihak FA mahu melihat Mario keluar daripada England, kami boleh pertimbangkan secara serius walaupun itu bukanlah kehendak kami,” jelas Raiola kepada BBC Radio 5 Live.

Baloteli dilihat memijak kepala pemain tengah Spurs, Scott Parker namun pengadil, Howard Webb tidak mengenakan sebarang tindakan dan pemain itu menjaringkan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk membantu City menang 3-2.

Sebelum ini, dia turut dibuang padang sebanyak tiga kali dalam tempoh 18 bulan bersama kelab ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain