suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Kehilangan Frank Lampard Akibat Kecederaan Otot

LONDON: Chelsea kini terpaksa berhadapan dengan hakikat bahawa mereka akan kehilangan khidmat Frank Lampard dalam perlawanan penting menentang Manchester United 5 Februari ini akibat kecederaan pada betis.

Pasukan perubatan Chelsea pada Isnin mengesahkan bahawa otot pada betis pemain tengah itu telah terkoyak dalam perlawanan menentang Norwich Sabtu lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-36 dalam perlawanan tersebut untuk melindunginya daripada mengalami kecederaan yang lebih serius.

Lampard juga akan terlepas beraksi dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang pasukan Tan Sri Tony Fernandes, Queens Park Rangers serta perlawanan menentang Swansea City Selasa depan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain