suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadal, Azarenka Jadi Pemain Pertama Mara Ke Suku Akhir

Nadal melayan peminat-peminatnya selepas menewaskan Lopez untuk mara ke pusingan suku akhir Terbuka Australia.

PEMAIN nombor dua dunia, Rafael Nadal dari Sepanyol menjadi pemain lelaki pertama yang menempah tiket ke suku akhir apabila menang 6-4 6-4 6-2 ke atas rakan senegara, Feliciano Lopez pada perlawanan pusingan keempat pada kejohanan Terbuka Australia, Ahad.

Sementara itu, pemain wanita nombor tiga dunia, Victoria Azarenka turut mara bergaya ke pusingan suku akhir apabila menundukkan lawan, Iveta Benesova 6-2 6-2.

Pemain kelahiran Belarus ini mengambil masa 77 minit untuk menewaskan Benesova dari Czech.

Artikel Lain