suria

Dalglish Beri Amaran Kepada Skuad The Reds

Pemain-pemain Liverpool diberi amaran keras oleh Dalglish berikutan aksi buruk selepas tewas 1-3 kepada Bolton, Sabtu.

PENGURUS Liverpool, Kenny Dalglish meberi amaran akan mengeluarkan pemain-pemain dari kelab sekiranya mereka terus mempamerkan aksi buruk berikutan kekalahan 1-3 kepada Bolton Wanderers pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu.

“Seperti mana yang mereka lakukan, saya rasa ia sememangnya buruk. Jika seseorang itu mempunyai aspirasi untuk kekal lama di kelab, itu bukanlah caranya.

“Kami mengarapkan tahap yang lebih tinggi. Mungkin ada alasan kerana jadual perlawanan beraksi dua kali seminggu (Rabu dan Sabtu), tetapi setiap perlawanan adalah sangat penting.

“Dan jika mereka fikir boleh berubah sesuka hati, mereka tidak akan kembali ke kelab ini,” katanya.

Sementara itu, pada perlawanan tersebut, Liverpool dikejutkan dengan jaringan awal tuan rumah pada minit ke-4 oleh Kevin Davies, diikuti Nigel Shola Andre Reo-Coker (m-29) dan Gretar Steinsson (m-50).

Manakala The Reds hanya memperolehi gol saguhati melalui Craig Bellamy minit ke-37.

Kemenangan ini sekaligus memberi sedikit kelegaan kepada pasukan kendalian Owen Coyle apabila mara satu tangga daripada zon penyingkiran.

Artikel Lain