suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tevez Bersalah Langgar Kontrak, RM45 Juta Lebur

Tevez (kiri) didapati bersalah kerana melanggar kontrak.
Tevez (kiri) didapati bersalah kerana melanggar kontrak.
Tevez (kiri) didapati bersalah kerana melanggar kontrak.

PENYERANG Manchester City, Carlos Tevez didapati bersalah melanggar kontrak dan dikenakan hukuman penggantungan gaji enam minggu kerana meninggalkan kelab untuk kembali ke Argentina tanpa kebenaran sebelum ini.

Pemain berusia 27 tahun itu dihukum selepas jurulatih, Roberto Mancini mendakwa dia enggan beraksi sebagai pemain gantian ketika City tewas 0-2 kepada Bayern Munich pada saingan Liga Juara-Juara bulan lalu.

“Berdasarkan maklum balas apa yang berlaku sebelum ini, kelab mengesahkan Carloz Tevez didapati bersalah pada sesi pendengaran 21 Disember lalu dengan melanggar kontrak dan dia dijatuhkan hukuman enam minggu penggantungan gaji.

“Carloz dibenarkan untuk membuat rayuan sehingga 30 Januari ini,” jelas satu sumber kelab, Rabu.

Dengan hukuman ini, Tevez kehilangan lebih kurang £9.3 juta (RM45 juta) keseluruhan. Dia juga turut tidak dibayar gaji sejak penghujung November lalu.

Tevez turut kehilangan wang bonus kesetiaan bernilai £6 juta (RM29 juta).

Artikel Berikut

Artikel Lain