suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Victoria Azarenka Catat Sejarah Langkah Ke Final Grand Slam Yang Pertama

Victoria Azarenka mencatat sejarah dengan kejayaan melangkah ke pertandingan akhir grand slam nya yang pertama selepas menewaskan juara bertahan Kim Clijsters dalam separuh akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia.

Clijsters, pemain pilihan ke-11 kejohanan yang berhasrat untuk mengantung raket menjelang akhir tahun ini berjuang habis-habisan tetapi pukulan balas Azarenka jauh terlalu kuat untuk pemain Belgium itu mempertahankan gelarannya.

Azarenka, pemain pilihan ke-3, menang 6-4, 1-6, 6-3 dalam tempoh dua jam dan 12 minit.

Pemain asal Belarus itu kini menanti satu lagi perlawanan separuh akhir antara Maria Sharapova dan Petra Kvitova untuk mengetahui siapakah lawannya dalam perlawanan akhir Sabtu ini.

Clijsters adalah juara grand slam sebanyak empat kali.

Kejohanan-kejohanan grand slam ialah Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Terbuka Amerika dan Terbuka Wimbledon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain