suria

Piala Itali: Milan Mara Ke Separuh Akhir Bertemu Juventus

Ibrahimovic (kiri) menjaringkan gol ketiga Milan pada aksi suku akhir Piala Italai, awal pagi Rabu.
Ibrahimovic (kiri) menjaringkan gol ketiga Milan pada aksi suku akhir Piala Italai, awal pagi Rabu.
Ibrahimovic (kiri) menjaringkan gol ketiga Milan pada aksi suku akhir Piala Italai, awal pagi Rabu.

AC Milan melangkah bergaya ke perlawanan separuh akhir Piala Itali apabila membenam Lazio 3-1 pada aksi suku akhir di Stadium Giuseppe Meazza, awal pagi Jumaat.

Djibril Cisse memberi kejutan kepada tetamu dengan mendahului gol seawal minit kelima perlawanan.

Namun pasukan kendalian Massimiliano Allegri bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-15 melalui Robinho, manakala Clartence Seedorf menambah satu lagi jaringan (m-18) pada separuh masa pertama perlawanan.

Pemain Sweden yang baru dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Serie A 2011, Zlatan Ibrahimovic mengukuhkan kedudukan Milan dengan jaringan ketiga pada minit ke-84.

Milan bakal berdepan dengan Juventus pada aksi separuh akhir nanti selepas pasukan itu menewaskan AS Roma 3-0 pada aksi sama Selasa lalu.

Turut melangkah kaki ke separuh akhir ialah Napoli yang menang ke atas Inter Milan 2-0, serta Siena yang menewaskan Chevo Veronaa, 1-0.

Artikel Lain