suria

Copa Del Rey: Barca Singkir Real

Pengadil Texira Vitienes (kanan)melayangkan kad merah kepada Ramos (kiri) pada minit ke-88.
Pengadil Texira Vitienes (kanan)melayangkan kad merah kepada Ramos (kiri) pada minit ke-88.
Pengadil Texira Vitienes (kanan)melayangkan kad merah kepada Ramos (kiri) pada minit ke-88.

BARCELONA: Barcelona menyingkirkan juara bertahan, Real Madrid pada saingan Copa del Rey menerusi kemenangan agregat 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada perlawanan suku akhir kedua, di Nou Camp, awal pagi Khamis.

Pasukan tuan rumah seakan selesa pada separuh masa pertama menerusi jaringan Pedro pada minit ke-42 dan Dani Alves pada minit ke-45.

Namun, Real bangkit menerusi jaringan pemain sensasinya, Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema pada minit ke 68 dan minit ke-72 untuk meletakkan kedudukan 2-2.

Barca bagaimanapun mara ke aksi separuh akhir menerusi agregat 4-3 selepas menang 2-1 pada aksi suku akhir pertama sebelum ini.

Pada perlawanan penuh dramatik itu, pemain pertahanan Real, Sergio Ramos dilayangkan kad kuning kedua dan menyebabkan dia diarah meninggalkan padang pada minit ke-88.

Ketiadaan Ramos sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan Real untuk menyekat kehebatan pasukan kendalian Pep Guardiola itu.

"Perlawanan akan menjadi lebih sukar untuk menewaskan Real Madrid. Jadi, kami amat berbangga dengan kemenangan hari ini.

"Madrid adalah pasukan yang kuat tapi kami mempamerkan persembahan terbaik dan layak untuk menang," kata Guardiola.

Sementara itu, Pengurus Real, Jose Mourinho yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-49 hari ini, mengkritik tindakan pengadil perlawanan yang membuat keputusan kontroversi pada perlawanan itu.

"Saya tidak menyindir sesiapa," katanya.

Senarai Pemain:

Barcelona: Pinto, Alves, Abidal, Pique, Puyol, Busquets, Xavi, Iniesta, Sanchez, Cesc, Messi. (Pemain gantian: Valdes, Adriano, Mascherano, Thiago, Pedro, Jonathan, Cuenca)

Real Madrid: Casillas, Arbeloa, Coentrao, Pepe, Ramos, Diarra, Alonso, Kaka, Ozil, Ronaldo, Higuain (Pemain gantian: Adan, Carvalho, Albiol, Marcelo, Granero, Callejon, Benzema)

Gelanggang:Nou Camp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain