suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cardiff City Tempah Tiket Ke Final Piala Liga

Pemain-pemain Cardiff meraikan kejayaan selepas mara ke final Piala Liga dengan menewaskan Crystal Palace, Rabu.
Pemain-pemain Cardiff meraikan kejayaan selepas mara ke final Piala Liga dengan menewaskan Crystal Palace, Rabu.
Pemain-pemain Cardiff meraikan kejayaan selepas mara ke final Piala Liga dengan menewaskan Crystal Palace, Rabu.

PASUKAN Cardiff City menempah tiket ke final apabila menewaskan Crystal Palace melalui sepakan penalti pada aksi kedua separuh akhir Piala Liga di Stadium Cardiff City, awal pagi Rabu.

Detik manis skuad kendalian Malky MacKay ini dirai selepas menewaskan Crystal Palace melalui sepakan penalti 3-1.

Sebelum itu, Anthony Gardner menjadi penyumbang kepada kejayaan Cardiff apabila menjaringkan gol sendiri sekali gus menjadikan kedudukan seri 1-1 berdasarkan keputusan pusingan pertama sebelum ini yang mana Palace mendahului satu gol.

Dengan kemenangan ini, Cardiff akan bertandang ke Stadium Wembley pada 26 Februari ini akan bertemu Manchester City ataupun Liverpool.

Keputusan penuh:

Separuh akhir pusingan pertama

Cardiff City 0-1 Crystal Palace

Separuh akhir kedua

Cardiff City 1-0 Crystal Palace (Penalti 3-1)

Artikel Berikut

Artikel Lain