suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibrahimovic Dinobatkan Pemain Terbaik Serie A

Ibrahimovic dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Serie A 2011.
Ibrahimovic dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Serie A 2011.
Ibrahimovic dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Serie A 2011.

PENYERANG AC Milan, Zlatan Ibrahimovic dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Serie A bagi tahun 2011 pada Selasa lalu.

Ibrahimovic yang juga merupakan penyerang antarabangsa Switzerland dipilih berdasarkan undian yang dilakukan hampir 5,000 orang terdiri dalam kalangan pemain, jurulatih, pengadil dan wartawan.

Malah, Ibrahimovich turut berada dalam senarai pemain Pasukan Terbaik bagi tahun 2011 bersama-sama Antonio Di Natale, Edinson Cavani, Kevin Prince Boateng, Thiago Motta, Claudio Marchisio, Marek Hamsik, Pablo Armero, Andrea Ranocchia, Alessandro Nesta, Thiago Silva dan Christian Maggio.

Sementara itu jurulatih Milan, Massimilliano Allegri turut memenangi anugerah apabila dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik.

Fabio Capello yang merupakan jurulatih skuad kebangsaan England turut menerima Anugerah Khas daripada juri.

Selain itu, Udinese dipilih sebagai Pasukan Terbaik manakala Alessandro Del Paiero dan Fabio Cannavaro menerima anugerah sebagai Pemain Berkerjaya.

Artikel Berikut

Artikel Lain