suria

Ferguson Sahkan Kontrak Berbatov Akan Disambung

MANCHESTER: Pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson memberi jaminan bahawa beliau tidak akan melepaskan Dimitar Berbatov pergi meninggalkan kelab tersebut menjelang akhir musim ini.

Sebaliknya, Ferguson telah memaklumkan kepada Berba bahawa dia akan diberikan kontrak baru menjelang Mac nanti.

United di bawah pengurusan Ferguson mempunyai satu polisi iaitu tidak menawarkan kontrak melebihi 12 hingga 18 bulan buat pemain yang telah mencecah umur 30 tahun dan ke atas.

Berbatov kini telah mencapai usia tersebut.

Secara teorinya, jika kontrak semasa Berbatov tidak diperbaharui menjelang penghujung musim ini, dia bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab yang berminat.

Bagaimanapun Ferguson berkata, dengan prestasi semasa Berbatov dan kecederaan yang sedang dialami oleh Michael Owen dan prestasi menurun Chicarito, pemain Bulgaria itu amat diperlukan oleh United.

Berbatov telah menjaringkan enam gol musim ini dan malam tadi dia telah menjaringkan dua gol ketika menentang Blackburn - menjadikan jaringannya musim ini kepada lapan.

Bekas penyerang Tottenham Hotspurs itu musim lalu berkongsi but emas sebagai penjaring terbanyak liga perdana.

Bagaimanapun, musim ini dia berada di belakang Wayne Rooney, Chicarito, Danny Wellbeck dan Miohael Owen dalam senarai penyerang utama United.

"Walaupun peluangnya sangat-sangat terhad, dia tidak pernah merungut, dia tidak pernah ponteng latihan dan dia tidak pernah menunjukkan muka.

"Sebaliknya dia membuktikan bahawa dia masih penjaring gol yang hebat, dia menjaringkan hatrik ketika menentang Wigan, dia menjaringkan 21 gol musim lepas dan dia masih berbisa di hadapan gol. Ratio jaringan golnya masih hebat," tegas Ferguson.

Pemain seperti ini, katanya, tidak boleh dilepaskan oleh United.

Artikel Lain