suria

Tsonga Singkirkan Nadal Di London

Nadal kecewa selepas tumpas kepada Tsonga pada aksi suku akhir Jelajah Akhir ATP Dunia, awal pagi Jumaat.
Nadal kecewa selepas tumpas kepada Tsonga pada aksi suku akhir Jelajah Akhir ATP Dunia, awal pagi Jumaat.
Nadal kecewa selepas tumpas kepada Tsonga pada aksi suku akhir Jelajah Akhir ATP Dunia, awal pagi Jumaat.

PEMAIN nombor dua dunia, Rafael Nadal terkandas untuk mara ke pusingan separuh akhir apabila tewas kepada Jo-Wilfried Tsonga 6-7, 4-6, 6-3 pada aksi suku akhir Jelajah Akhir ATP Dunia di London awal pagi Jumaat.

Kekalahan ini menjadikan rekod tidak baik bagi Nadal untuk mengakhiri tahun ini.

Dalam tempoh lima tahun, hanya sekali sahaja Nadal menampah tiket ke aksi akhir pada tahun lalu namun tewas kepada Federer.

“Keseluruhannya saya dapat rasakan tidak berada di tahap terbaik walaupun pada set pertama saya telah bermain dengan baik.

"Untuk menang pada kejohanan ini kamu perlu sempurna. Saya bermain tanpa rasa sebarang istimewa,” kata pemain berumur 25 tahun ini.

Kali terkahir Nadal menjulang trofi kemenangan ialah pada Jun lalu di Kejohanan Terbuka Perancis buat kali keenam.

Sementara itu, Tsonga pemain kelahiran Perancis begitu teruja dengan kemenangan tersebut.

“Saya hanya bermain baik dan masih terkedu dengan kemenangan ini.

"Sebelum saya hilang banyak tenaga, saya telah melakukan pukulan pantas, kuat dan saya seperti hilang kawalan.

“Tahun ini, saya dapat rasakan saya telah banyak meningkat,” katanya

Tsonga bakal bertemu Federer pada pusingan separuh akhir nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Lain