Hilang Fokus Dan Keletihan Punca Kalah - Sukan | mStar

Hilang Fokus Dan Keletihan Punca Kalah

KUALA LUMPUR: Hilang fokus dan keletihan pada separuh masa kedua menjadi punca kekalahan 0-2 skuad Olimpik negara kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Rabu.

Ketua jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee berkata kelalaian benteng pertahanan pada separuh masa kedua juga antara punca kekalahan dan membuka peluang kepada Syria untuk menjaringkan gol kedua.

"Benteng pertahanan kita hilang konsentrasi pada separuh masa kedua permainan.

"Tambahan pula, mereka keletihan kerana baru sahaja tiba di tanah air dan saya hanya sempat melatih mereka selama dua jam sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tamat.

Kim Swee berkata beliau tidak mempunyai banyak pilihan pemain untuk diturunkan pada perlawanan itu ekoran beberapa masalah yang menimpa pemainnya.

"Mohd Fadhli Mohd Shas demam panas pagi tadi dan tidak boleh beraksi manakala Mohd Irfan Fazail mengalami kecederaan. Kedua-dua mereka dijangka pulih dalam masa dua atau tiga hari ini untuk diturunkan pada perlawanan menentang Bahrain Ahad ini," katanya.

Mengenai persediaan menentang Bahrain di stadium sama, jurulatih berusia 40 tahun itu berkata beliau akan menurunkan beberapa pemain yang tidak dapat beraksi malam ini.

"Saya mungkin akan menurunkan kesebelasan utama seperti Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail serta Syahrul Azwari Ibrahim untuk mengembalikan peluang kita menduduki tangga kedua kumpulan (di belakang Jepun)," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan padu peminat bola sepak tempatan pada perlawanan itu.

Sementara itu, jurulatih Syria Immad Eddin Khankan berkata beliau kagum dengan corak permainan Wan Zack Haikal Wan Noor.

"Dia berupaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan tetapi kami berjaya mengawalnya sepanjang permainan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana Inggeris, Sabtu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain