suria

Peserta Belgium Juara Powerman Malaysia 2011

LUMUT: Peserta dari Belgium, Rob Woestenborghs menjuarai kategori Lelaki Elite Kejohanan Powerman Malaysia ke-10 anjuran Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) di sini yang berakhir pada Ahad.

Bagi kategori Wanita Elite pula, peserta Czechlovakia, Radka Vodickova muncul sebagai juara, mereka masing-masing meraih hadiah AS$5,000 dalam kejohanan ini.

Kejohanan ini disertai seramai 1,035 orang atlet dari 30 buah negara termasuk Australia, Brunei, Kanada, Indonesia, Jepun, New Zealand, Singapura, Amerika Syarikat serta negara-negara Eropah.

Sebanyak 18 kategori dipertandingkan dalam kejohanan itu.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain