suria

Skuad Penyu Azam Ungguli Kumpulan B

KUALA TERENGGANU: Terengganu mempunyai misi untuk menungguli Kumpulan B dengan mengatasi Negeri Sembilan pada perlawanan akhir peringkat kumpulan Piala Malaysia di sini malam ini.

Ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata walaupun skuad Penyu sudah layak ke pusingan suku akhir namun berazam memintas Negeri Sembilan dalam kedudukan muktamad peringkat kumpulan.

Katanya walaupun tewas tipis 0-1 kepada Negeri Sembilan di tempat lawan Selasa lalu ia tidak akan mematahkan semangat Terengganu untuk terus memburu kejayaan.

"Harapan kita kini adalah untuk merebut gelaran juara kumpulan, sekali gus memastikan tiga mata berharga menjadi milik Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Isnin.

"Saya turut mengingatkan pemain agar tidak memandang mudah perlawanan malam esok kerana Negeri Sembilan bukan calang-calang pasukan dan skuad kita telah bersedia sepenuhnya untuk memberi tentangan sengit kepada mereka," katanya.

Terengganu yang menduduki Kumpulan B bersama-sama PKNS Selangor, Negeri Sembilan, dan Sime Darby, kini menghuni tangga kedua kumpulan dengan berkongsi 12 mata dengan Negeri Sembilan selepas lima perlawanan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wusyu Sasar Tiga Emas Sukan SEA

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain