suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wusyu Sasar Tiga Emas Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Persekutuan Wusyu Malaysia (WFM) menyasarkan tiga pingat emas pada Sukan Sea di Indonesia dari 11 hingga 25 Nov ini.

Presidennya Datuk Seri Kee Yong Wee berkata sasaran itu ditetapkan hasil latihan rapi selama sebulan setengah yang dijalani pasukan negara di China baru-baru ini.

Sebagai persiapan terakhir pasukan menjelang Sukan Sea itu, pasukan negara akan menyertai Kejohanan Wusyu Sedunia di Ankara, Turki, pada 8 Okt ini.

"Dua belas wakil kita sudah bersedia menghadapi cabaran membawa tiga emas dari Indonesia nanti," katanya kepada Bernama, Rabu.

Pada Sukan Sea yang lepas di Laos, wusyu menyumbang tiga emas, satu perak dan tiga gangsa.

Kee juga berkata Kejohanan Wusyu Kementerian Pelajaran yang akan berlangsung di Stadium Badminton Cheras pada 29 Okt ini akan turut mempunyai kategori bukan Cina.

"Kita sediakan lima pingat untuk kategori ini, yang melibatkan pergerakan mudah bagi peserta baru," katanya.

Artikel Sebelum

Wusyu Sasar Tiga Emas Sukan SEA

Artikel Berikut

Artikel Lain