Sultan Ahmad Shah Terima Anugerah Berlian AFC 2011 - Sukan | mStar

Sultan Ahmad Shah Terima Anugerah Berlian AFC 2011

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) dan bekas Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) merupakan penerima Anugerah Berlian AFC 2011.

Perwakilan AFC yang diketuai pemangku presidennya Zhang Jilong menghadap Sultan Ahah Shah di Istana Pahang di sini Isnin untuk menyampaikan perkhabaran tersebut kepada baginda yang menjadi Persiden AFC dari 1994 hingga 2002.

Menurut laman web AFC, anugerah akan disampaikan kepada baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada majlis Anugerah Tahunan AFC di sebuah hotel terkemuka di sini pada 23 November ini.

Anugerah tersebut diberikan kepada individu yang memberi sumbangan ke arah pembangunan dan promosi sukan bola sepak di benua Asia.

Zhang memuji sumbangan baginda kepada pembangunan bola sepak Asia dengan berkata: "AFC dan keluarga bola sepak Asia tidak akan melupakan sumbangan baginda Sultan.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC sebulat suara membuat keputusan untuk menghargai baginda."

Sementara Sultan Ahmad Shah pula bertitah: "Saya mahu melihat kerjasama erat antara AFC dan AFF di masa depan."

Penerima anugerah sebelum ini termasuk Saburo Kawabuchi (2005), Joseph S Blatter (2006), Lennart Johannson (2007), Ken Naganuma (2008, selepas kematian), Jeneral Farouk Bouzo (2009) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (2010). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain