PKNS Bukti Kehebatan Sebagai Juara Liga - Sukan | mStar

PKNS Bukti Kehebatan Sebagai Juara Liga

KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana PKNS Selangor meraih kemenangan ke-18 setelah berjaya menewaskan Harimau Muda B 2-1 pada perlawanan penutup tirai liga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Sabtu.

Pada babak pertama PKNS melancarkan beberapa serangan bagi mencari gol namun cubaan tersebut dipatahkan oleh barisan pertahanan Harimau Muda B.

Kekebalan benteng pertahanan Harimau Muda B tidak kekal lama apabila skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim berjaya memperolehi gol pertama menerusi Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul pada minit ke-58.

PKNS kemudianya memperolehi kedua pada minit ke-69 hasil jaringan Mohammad Zamri Hassan.

Gol saguhati Harimau Muda B disumbangkan oleh Mohd Syafiq Shalihin Mohd Noor pada minit ke-77.

Di Stadium Hang Tuah, Melaka, pasukan polis (PDRM) menang tipis 1-0 mengalahkan Sime Darby. Gol PDRM dijaringkan oleh Mohd Fauzi Abdul Majid pada minit ke-84. Pasukan USM FC pula mengalahkan Pos Malaysia 3-1 di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang.

Mohd Failee Mohamad Ghazali membuat hatrik apabila berjaya menjaringkan gol pada minit pertama, minit ke-73 dan minit ke-80.

Gol saguhati pasukan pelawat disumbangkan oleh Mohd Hanifuddin pada minit ke-35. Pasukan Sarawak pula menang tipis 1-0 ke atas pasukan ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Johor Bharu, pasukan tuan rumah mencatat kemenangan bergaya apabila menewaskan Pulau Pinang 4-0, manakala SDM Navy menang tipis 4-3 ke atas MP Muar.

Sementara itu, dalam satu perlawanan Liga Super, Harimau Muda A menewaskan Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Shah Alam.

Harimau Muda A membuka jaringan pada minit ke-15 hasil jaringan Azmi Sarmin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Santos Tetap Enggan Lepas Neymar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain