suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

250 Peluncur Ais Serta Skate Malaysia 2011

PETALING JAYA: 250 peserta dari lima negara Asia akan bertanding dalam kejohanan Skate Malaysia 2011 yang memasuki edisi ketujuh diadakan di Sunway Pyramid Ice Rink di sini mulai Khamis hingga Ahad ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Pyramid HC Chan berkata kejohanan itu menampilkan peserta dari Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand dan Malaysia.

"Satu daripada objektif utama Skate Malaysia adalah untuk menjadi wadah bagi mencungkil bakat-bakat baru di negara ini. "Kami seringkali melihat peserta baru dan berpengalaman pada Skate Malaysia dan kami sejujurnya berharap sokongan dan trend sebegini akan terus berkembang," katanya semasa pelancaran kejohanan itu, yang dilakukan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz di gelanggang itu , Khamis.

Pasukan Malaysia, yang merupakan juara bertahan, dibarisi 10 peluncur ais iaitu Chan Wei Kin, Surayu Ismail, Tan Bee Leng, Shazfinas Hashim, Aizarudin Idrus, Bryan Voo, Jennifer Tan, Nur Farhanah, Carmen Liong dan Gan Sherwin.-BERNAMA

Artikel Lain