suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pengurus WBA, Roberto Di Matteo Dilantik Pen.Pengurus Chelsea

LONDON: Andre Villas-Boas mengesahkan pelantikan bekas pemain Chelsea, Roberto Di Matteo sebagai penolong pengurus pasukan Chelsea yang baru berkuatkuasa serta merta.

Beliau mengantikan tempat Ray Wilkins yang pada awal tahun ini dipecat tanpa sebab oleh pemilik kelab tersebut Roman Abramovich.

Villas-Boas turut mengumumkan senarai pasukan pengurusannya yang baru yang dua di antaranya adalah bekas kakitangannya ketika di Porto.

Mereka ialah Jose Mario Rocha dan Daniel Sousa.

Pelantikan Di Matteo menepati ramalan yang dibuat oleh para wartawan dan pengulas sukan semalam.

Di Matteo sebelum ini adalah pengurus WBA tetapi dipecat pada pertengahan musim lalu.

Dalam pada itu, Villas-Boas turut mengesahkan bahawa beliau akan mengekalkan John Terry sebagai kapten pasukan.

Artikel Berikut

Artikel Lain