Kafa Tidak Akan Hukum Daudsu:Annuar Musa - Sukan | mStar

Kafa Tidak Akan Hukum Daudsu:Annuar Musa

KOTA BARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak bercadang mengambil tindakan disiplin atau menukar posisi pemain pertahanannya, Daudsu Jamaluddin sebagai 'hukuman' ekoran kecuaiannya menjaringkan gol ke gawang sendiri ketika menentang Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas.

"Kita tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin ke atas Daudsu atas kesilapan menjaringkan gol sendiri pada perlawanan itu yang menyebabkan Kelantan gagal membawa pulang piala berprestij," kata Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa kepada pemberita Selasa.

Terdahulu, Annuar, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, merasmikan majlis tabur benih padi di Bendang Permatang Pusu, Melor, dekat sini.

"Adalah tidak adil jika menghukum seseorang pemain yang baik hanya kerana sekali melakukan kesilapan tidak disengajakan, bukan jenis saya sebagai Presiden Kafa sanggup melakukan perkara itu.

"Malah, kita akan terus memberi semangat dan motivasi kerana kita mempunyai misi lebih besar untuk menempah tempat dalam Liga Super dan Piala Malaysia musim ini," katanya.

Annuar, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berkata beliau tahu ramai peminat dan penyokong Kelantan kecewa dan marah terhadap kesilapan pemain Kelantan itu, dan sebagai Presiden Kafa, beliau sendiri lebih lagi merasai bahang itu.

Katanya Daudsu akan tetap diturunkan sebagai kesebelasan utama pada perlawanan Liga Super yang akan bertemu Perak di Stadium Mohammed Ke-IV malam ini.

"Kita juga tidak akan tukar posisinya di barisan pertahanan Red Warriors... kita kena ingat dalam insiden itu, ada dua lagi penyerang Terengganu di belakangnya yang mungkin akan menjaringkan gol biarpun Daudsu tidak melakukan kesilapan itu...," katanya.

Sementara itu, Annuar berkata Kafa akan memberi tawaran menonton secara percuma perlawanan persahabatan Kelantan dengan pasukan bola sepak sama ada dari Indonesia atau Thailand yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 2 Julai.

"...tetapi dengan syarat peminat perlu membeli dua tiket bagi menonton perlawanan antara Kelantan dan Perak malam ini dan juga perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Myanmar pada 18 Jun ini dan mereka perlu menyimpan keratan tiket yang dibeli daripada kedua-dua perlawanan itu," katanya.

Katanya langkah mengadakan perlawanan persahabatan itu sebagai persediaan menyuntik semangat pemain selain ke arah melamar pemain pasukan terbabit menyertai Kelantan pada musim akan datang.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain