suria

Sukma:Kelantan Raih Emas Acara Ragbi

KUALA LUMPUR: Kelantan menggondol pingat emas dalam acara ragbi Sukan Malaysia ke-14 apabila mengalahkan Sabah 36-5 pada perlawanan akhir di Padang Varsiti, Universiti Malaya (UM) di sini Khamis.

Pada saingan tersebut, Kelantan mudah mematahkan beberapa percubaan Sabah dan melakukan tujuh 'try' serta beberapa 'conversion' untuk menjinakkan pasukan lawan.

Perebutan saingan pingat gangsa pula dimenangi oleh Kedah apabila pasukan tersebut turut mudah mengatasi Wilayah Persekutuan dengan keputusan 22-7.

Turun sebagai pasukan pilihan, Kelantan nyata mempunyai kelebihan dengan kehadiran dua pemain kebangsaan iaitu Muhammad Nazren Fitri dan Zulkiflee Azmi serta pemain pelapis negara.

Jurulatih Kelantan, Md Noor Nik Elias berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya selepas mereka mengikuti strategi dan perancangan yang dirangka sebelum ini.

Pada perlawanan akhir itu, dua 'try' masing-masing disempurnakan oleh Mohd Amer Nasrun, Zulkiflee Azmi dan Mohd Noortakzim Adnan serta Mohammad Zulkawai melakukan satu 'try'.- BERNAMA

Artikel Lain