suria

Terry Sokong Hiddink, Hughes Jadi Pengurus Chelsea

KAPTEN Chelsea, John Terry percaya rakan-rakan sepasukan menyambut baik pelantikan Guus Hiddink atau Mark Hughes sebagai pengurus baru kelab itu.

Terry menekankan, para pemain tidak akan melobi sesiapa untuk jawatan tersebut yang ditinggalkan oleh Carlo Ancelotti selepas dipecat baru-baru ini ekoran prestasi hambar kelab pimpinannya.

Chelsea mengakhiri musim lalu tanpa memenangi sebarang kejuaraan.

Beberapa nama telah diuar-uarkan untuk memegang jawatan pengurus Chelsea antaranya Andre Villas-Boas, Marco van Basten dan Harry Redknapp.

Bagaimanapun, Hiddink dilihat sebagai calon paling berpotensi selepas nekad meninggalkan Turki.

Terry yang juga pemain pertahanan Chelsea berkata, para pemain menyokong pelantikan Hiddink sebagai pengurus kelab itu.

Artikel Lain