suria

Ferguson Belum Rancang Untuk Bersara

Ferguson meraikan kejayaan Red Devils merangkul trofi EPL buat kali ke-19 selepas terikat 1-1 dengan Blackburn di Ewood Park.

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson tidak menunjukkan sebarang petanda akan bersara daripada kariernya selaku pengurus Manchester United selepas menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) ke-19 musim ini.

"Saya tiada rancangan untuk bersara. Isteri saya, Cathy sentiasa menyokong karier saya. Selagi saya masih sihat, saya akan terus membimbing skuad ini," katanya kepada MUTV.

Ferguson berdepan dengan pelbagai tekanan sebelum membantu United merampas kembali trofi EPL musim ini seperti yang dilakukannya 18 tahun lalu.

Selepas merangkul trofi berharga itu, Ferguson menyelar kritikan yang dilemparkan terhadap anak buahnya sepanjang perlawanan musim ini.

"Permainan semakin sukar jika dibandingkan pada 1993. Trofi ke-19 suatu pencapaian yang menakjubkan. Saya amat kagum dengan prestasi pasukan.

"Jika anda tidak menjaringkan 10 gol dalam setiap permainan, anda akan dikritik. Harapan peminat terlalu tinggi. Mereka mahu melihat anda kekal terbaik," katanya.

Artikel Lain