suria

Gol Dzeko Lonjak City Ke Tangga Keempat

Dzeko (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Balotelli.
Dzeko (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Balotelli.
Dzeko (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Balotelli.

EDIN Dzeko yang diturunkan dari bangku simpanan membantu Manchester United menundukkan Blackburn Rovers 1-0 di Ewood Park dalam usaha menghidupkan peluang beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah.

Pengurus Roberto Mancini menurunkan penyerang Bosnia itu ketika perlawanan berbaki 18 minit tetapi Dzeko hanya mengambil masa selama tiga minit untuk mencipta gol pertamanya sejak berhijrah dari Wolfsburg pada Januari.

Kemenangan itu menyaksikan City berada di depan Tottenham Hotspur, berkelebihan empat mata dengan baki lima perlawanan yang perlu diharungi musim ini.

Blackburn pula sekadar menduduki tangga ke-16, berkelebihan satu mata di depan pasukan tercorot liga selepas gagal mencatat kemenangan dalam 10 perlawanan.

Menjelang pertemuan dengan Bolton dan selepas itu menentang West Ham, Manchester United dan Wolves, status juara EPL musim ini masih terbuka.

Mancini menurunkan barisan sama yang menundukkan Manchester United pada aksi separuh akhir Piala FA minggu lalu dan beliau percaya mereka mampu mengekalkan kemenangan jika beraksi dengan tahap keyakinan tinggi.

"Saya percaya kemenangan ini menaikkan semangat kami. Edin penyerang berbisa. Dia mempunyai sedikit masalah kerana jarang beraksi tetapi dia menjaringkan gol berharga untuk kami," katanya.

Jelas beliau, meskipun Carlos Teves masih bergelut dengan kecederaan, Mario Balotelli mempamerkan persembahan menakjubkan manakala Edin menjaringkan gol pertamanya dengan penuh bergaya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain