Tey Cipta Rekod Baru Angkat Berat Walaupun Demam - Sukan | mStar

Tey Cipta Rekod Baru Angkat Berat Walaupun Demam

BANGI: Keadaan demam tidak menyukarkan atlet Tey Shan Feng dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencipta rekod baru kebangsaan pada acara angkat berat wanita melebihi 75kg pada Kejohanan Kebangsaan 2011 Sirkit 1 di Kompleks Sukan Bangi di sini Sabtu.

Tey, 21, dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berjaya mengangkat berat beban 107kg bagi acara clean & jerk dan 82kg bagi acara snatch untuk jumlah angkatan 189kg, sekaligus merangkul tiga pingat emas yang ditawarkan dalam acara tersebut.

Rekod kebangsaan 106kg dalam acara clean & jerk sebelum ini dicipta oleh beliau sendiri pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Melaka tahun lepas.

Alet, yang berasal dari Sabah itu, berkata, beliau sendiri tidak menyangka mampu melakukan angkatan tersebut kerana mengetahui tahap kesihatannya yang masih belum pulih daripada demam yang berlarutan selama seminggu.

"Saya tidak meletakkan apa-apa sasaran pada kejohanan ini selain sekadar mencuba untuk memecahkan rekod tahun lalu di Sukma Melaka.

"Kesihatan pun tak berapa memuaskan lagi namun saya cuba gagahkan diri untuk membuat angkatan tersebut walaupun ada rasa seperti mahu pitam tadi dan ia berbaloi dengan keputusan diperolehi," katanya kepada pemberita di akhir saingan itu.

Dalam pada itu, ATM terus mendominasi dua lagi kategori wanita yang dipertandingkan iaitu kategori 69kg dan 75kg.

Bagi kategori 75kg, Arisha Farra Erwin berjaya mengutip emas dalam kategorinya apabila tidak memberi peluang pesaingnya sebelum menang dalam acara snatch dan clean & jerk.

Arisha Farra, salah seorang dari skuad pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), berjaya mengangkat beban acara snatch dan clean & jerk masing-masing 72kg dan 92kg untuk memungut jumlah angkatan keseluruhan 164kg.

Bagi kategori 69kg pula, Nurul Farhana Johari mengungguli kedua-dua acara snatch dan clean & jerk apabila membuat angkatan masing-masing 76kg dan 97kg untuk mengumpul jumlah angkatan keseluruhan 173kg.

Sementara itu, empat kategori lelaki iaitu 85kg, 94kg, 105kg dan 105kg ke atas akan dipertandingkan pada Ahad.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain