KBS Berhasrat Jadikan Kejohanan Tomoi Siam Acara Tahunan - Sukan | mStar

KBS Berhasrat Jadikan Kejohanan Tomoi Siam Acara Tahunan

KOTA BAHARU: Kementerian Belia dan Sukan menerusi Bahagian Pembangunan Sukan akan menjadikan pertandingan tomoi Siam sebagai acara tahunan dalam pesta sukan lasak di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarah bahagian itu, Madzrib Ibrahim.

Menurutnya sehubungan itu, permainan itu akan diperkenalkan ke seluruh negara bagi menarik minat penyertaan di kalangan remaja.

"Kementerian bercadang menjadikan sukan tomoi Siam ini sebagai salah satu acara tahunan jenis sukan lasak setelah ia diperkenalkan ke seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan Muaythai (tomoi Siam) Fit Warior Peringkat Zon Timur di Kompleks Belia dan Sukan Panji, dekat sini malam Ahad.

Seramai 112 peserta merangkumi tujuh kategori mengambil bahagian dalam kejohanan yang julung kali diadakan di Kelantan, dan juara kejohanan ini nanti akan mewakili Zon Timur ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Putrajaya, selama tiga hari mulai 27 Mei ini.

Kejohanan itu diadakan sempena Perhimpunan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain