Mourinho Mahu Elak Bertemu Chelsea, Inter - Sukan | mStar

Mourinho Mahu Elak Bertemu Chelsea, Inter

Pemain Real, Angel di Maria meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.
Pemain Real, Angel di Maria meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.

MADRID:Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho mendedahkan dia tidak mahu dipertemukan dengan bekas kelabnya, Chelsea dan Inter Milan pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menyaksikan anak buahnya mara selepas menundukkan Lyon 3-0 di Santiago Bernabeu.

Gol jaringan Marcelo, Karim Benzema dan Angel di Maria membantu Real melangkah ke kelompok lapan pasukan terakhir buat pertama kalinya sejak 2004, awal pagi Khamis berbekalkan agregat kemenangan 4-1.

Bekas kelab Mourinho, Chelsea dan Inter Milan yang merupakan juara tahun lalu masing-masing menempah tiket ke suku akhir dan beliau mengakui sanggup bertemu pasukan yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengannya sebelum ini.

"Saya tidak mahu bertemu dengan Inter Milan atau Chelsea atas faktor emosi. Jika undian mempertemukan kami dengan salah satu daripada kelab itu, saya akan melakukannya tetapi akan lebih bersedia dari segi psikologi. Perkara sama turut dilakukan ketika menentang Chelsea musim lalu.

"Kini saya perlu menunggu keputusan undian. Terdapat banyak pasukan hebat dalam pusingan suku akhir. Jadi persaingan pastinya akan lebih sengit," ujarnya.

Langkah Real dalam enam musim terdahulu terhenti di kelompok 16 pasukan terakhir tetapi kehadiran Mourinho diharap mampu mengembalikan trofi kejuaraan Eropah yang pertama sejak 2002.

"Rekod hambar pada suatu ketika perlu ditamatkan dan saya berjaya melakukannya malam ini (awal pagi Khamis). Lyon antara pasukan terkuat tetapi kami layak menang. Kami mempamerkan persembahan sempurna untuk mara ke suku akhir," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain