suria

Torres Salahkan Bekas Kelab Kerana Mungkir Janji

PENYERANG antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres menyalahkan Liverpool dalam melanggar perjanjian sehingga membawanya ke Stamford Bridge.

Torres berpindah ke Chelsea dengan nilai RM247 juta sekali gus menimbulkan banyak spekulasi mengenainya, lebih-lebih lagi The Blues akan bertemu Liverpool malam ini (Ahad).

Menurut Torres, sebelum ini dia pernah berkata tidak akan bermain dengan kelab Inggeris lain selain Liverpool kerana beberapa sebab.

“Pada masa itu saya ada cakap takkan beraksi dengan kelab lain sebab ketika itu mereka memberi apa yang dijanjikan kepada saya..tetapi sekarang ia sudah berubah.

“Paling penting salah satu sebab penting dalam tahun pertama di kelab adalah ingin bermain hingga ke separuh akhir Liga Juara-juara (CL) dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kedua dan rapat kepada Manchester United.

“Selepas itu kami semakin hampir untuk menjadi salah satu pasukan teratas kerana semua orang bekerjasama dan bergerak dalam masa yang betul. Tetapi apabila kamu melepaskan Alonso dan Mascherano, itu sudah menjadi satu keadaan yang lain.

“Ia sangat penting, bukan untuk saya tetapi untuk kelab,” katanya.

Xabi Alonso telah dijual kepada Real Madrid dan Javier Mascherano pula kepada Barcelona yang ketika itu kelab masih di bawah penguasaan George Gillet dan Tom Hicks.

Artikel Sebelum

Wolves Calar Rekod Man United

Artikel Lain