KBS Mohon Bajet Tambahan Bantu Negeri Sertai Sukan Malaysia - Sukan | mStar

KBS Mohon Bajet Tambahan Bantu Negeri Sertai Sukan Malaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memohon bajet tambahan daripada Kementerian Kewangan untuk membantu kerajaan negeri menyertai dan menganjur Sukan Malaysia yang akan diadakan setiap tahun mulai tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata KBS memahami kesulitan kerajaan negeri sebelum ini untuk menyediakan bajet bagi sukan dwitahunan itu, dan kini diadakan setiap tahun secara berselang seli antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.

"Bagi edisi Sukan Malaysia di Bukit Jalil, MSN dijangka memperuntukkan RM15 juta bagi menganjurkannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Sukan Malaysia, di sini, Isnin.

Sukan Malaysia edisi ke-14 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, dijangka disertai antara 2,500 dan 3,500 atlet dalam 19 acara pilihan dari 28 Mei hingga 6 Jun ini.

Acara pilihan tersebut ialah besbol, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, bola tampar pantai, ekuestrian, petanque, golf, judo, kabaddi, kenu, kriket, lawan pedang, mendayung, ping-pong, ragbi, silambam, snuker & biliard, sofbol, tenis, tinju, bola baling, woodball, renang irama dan polo air.

Pahang, tuan rumah Sukan Malaysia edisi ke-15 pada tahun 2012 akan mempertandingkan 24 acara, 19 wajib dan lima acara pilihan.

Sukan wajib ialah akuatik (renang, terjun), badminton, bola sepak, gimnastik, hoki, olahraga, skuasy, tenpin boling, angkat berat, berbasikal, karate, boling padang, memanah, menembak, perahu layar, silat, sepak takraw, taekwondo dan wushu.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan (JKPS) pada Mei 2009 meluluskan penganjuran Sukan Malaysia setiap tahun bermula tahun ini dengan MSN menganjurkannya pada tahun ganjil, manakala negeri-negeri akan menjadi tuan rumah pada tahun genap.

Mengenai mesyuarat hari ini, Ahmad Shabery berkata beberapa isu teknikal terutama yang melibatkan sukan subjektif seperti karate dan silat mendapat perhatian dari negeri-negeri.

"Ini berdasarkan mutu pengadilan acara tersebut pada Sukan Malaysia ke-13 di Melaka pada Jun tahun lepas.

"Bagi mengelakkan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan, KBS akan meminta persatuan terbabit mencari jalan bagi pemberian markah yang lebih telus," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA Inggeris

Artikel Berkaitan

default image

Guardini Terus Kuasai LTDL 2011

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain