Sukan Asia: Shun Ting-Teck Hua Mara Ke Suku Akhir Bola Tampar Pantai - Sukan | mStar

Sukan Asia: Shun Ting-Teck Hua Mara Ke Suku Akhir Bola Tampar Pantai

GUANGZHOU: Gandingan Beh Shun Ting dan Luk Teck Hua mara ke peringkat suku akhir acara bola tampar pantai wanita di Sukan Asia ke-16, Ahad.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di venue Bola Tampar Pantai Guangzhou, Shun Ting dan Teck Hua menewaskan pemain pilihan keenam kejohanan iaitu gandingan pertama Kazakhstan, Irina Tsimbalova dan Tatyna Mashkov dengan 21-19 dan 21-15 dalam tempoh 38 minit.

Irina dan Tatyana adalah pemenang tempat kedua Kejohanan Bola Tampar Asia di Haiku, China pada Julai lepas, di mana Malaysia hanya menamatkan saingan di tempat kesembilan.

"Corak permainan mereka lebih baik hari ini. Keadaan mental mereka lebih stabil kerana turun ke gelanggang dengan lebih tenang dengan tidak memikirkan soal untuk menang.

"Ini adalah pencapaian terbaik mereka di Sukan Asia. Sekiranya berjaya melangkah masuk ke peringkat separuh akhir, ia adalah bonus kepada pemain-pemain kita," kata jurulatih, Lim Poh Hong. Shun Ting dan Teck Hua, yang diletakkan sebagai pilihan ke-11 kejohanan, akan bertemu gandingan kedua Jepun dan pilihan ketiga kejohanan, Satoko Urata dan Takemi Nashibori.

Sebelum ini, Satoko dan Takemi melangkah ke peringkat suku akhir esok selepas dengan mudah mengalahkan pemain-pemain dari Timor Leste, Alianca dan Mariana, 21-1 dan 21-3.

Menyentuh mengenai pertemuan peringkat suku akhir esok, Lim berkata standard permainan gandingan kedua dari Jepun itu adalah lebih kurang sama dengan pemain-pemain Malaysia.

"Mereka (Satoko dan Takemi) tidak mempunyai kekuatan dari segi serangan dan tampanan seperti pemain Kazakhstan (Irina dan Tatyana). Berdasarkan kepada pertemuan sebelum ini, pemain-pemain Jepun ini mempunyai kelebihan dari segi pertahanan dan terimaan.

"Bagaimanapun, saya menjangkakan pertemuan suku akhir esok adalah sengit. Peluang untuk pemain Malaysia adalah tinggi sekiranya mereka bermain dengan semangat juang yang tinggi seperti mana yang ditunjukkan hari ini," katanya.

Pada saingan bola tampar pantai di Sukan Asia Doha, empat tahun lepas di Qatar, Shun Ting yang bergandingan dengan kakak Teck Hua, Luk Teck Eng menamatkan saingan sekadar di tempat ketujuh keseluruhan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel