suria

Jawatankuasa Eksekutif FIFA Didakwa Terima Rasuah

Amos Adamu antara yang digantung tugas kerana dakwaan menerima rasuah.
Amos Adamu antara yang digantung tugas kerana dakwaan menerima rasuah.
Amos Adamu antara yang digantung tugas kerana dakwaan menerima rasuah.

DUA ahli jawatankuasa eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) digantung tugas dan didenda berhubung siasatan terhadap dakwaan mereka ditawarkan untuk menjual undian dalam pertandingan bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022.

Empat pegawai lain turut dikenakan tindakan sama oleh badan pentadbir bola sepak dunia yang menerima kesan dan tekanan untuk membuktikan pertandingan itu telus dan jujur.

Amos Adamu dari Nigeria digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama tiga tahun dan didenda 10,000 Swiss Frans (RM31,300) kerana melanggar lima klausa dalam kod etika FIFA termasuk menerima rasuah.

Rakan sekutunya, Reynald Temarii dari Tahiti yang juga Presiden Konfiderasi Bola Sepak Oceania digantung tugas setahun dan didenda 5,000 Swiss Francs (RM15,650) kerana melanggar klausa berhubung tatasusila dan kesetiaan.

Selain itu, pengerusi jawatankuasa yang menyelesaikan masalah antara kelab, pemain dan jurulatih, Slim Aloulou serta Ismael Bhamjee turut didakwa.

Pada 2006, Bhamjee dari Botswana dihantar pulang dari Piala Dunia di Jerman dan meninggalkan jawatannya selepas didapati bersalah menjual tiket secara haram.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan The Sunday Times, beberapa negara yang mengemukakan bidaan dan didapati berkomplot sebelum undian pada 2 Disember di Zurich sudah disingkirkan oleh jawatankuasa etika.

Keputusan penggantungan dua jawatankuasa eksekutif itu menunjukkan hanya 22 daripada 24 ahli yang akan mengundi apabila FIFA memilih penganjur untuk dua temasya penting itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain