suria

Malam Lagenda Hoki Negara Ditunda Februari Depan

IPOH: Malam Anugerah Lagenda Hoki Negara 2010 anjuran bersama Persatuan Hoki Pemain Kebangsaan (NPHA) dan Kelab Hoki Universiti Kebangsaan Malaysia yang dijadual berlangsung 20 November ini di Dewan Canselori Tun Abdul Razak UKM Bangi telah ditunda ke Februari tahun depan.

Presiden NPHA Mohammad Abdul Hadi berkata majlis itu terpaksa ditunda selepas hampir kesemua bekas pemain kebangsaan meminta ia ditangguhkan kerana kelewatan pihak urusetia menghantar surat jemputan kepada mereka.

"Kami meminta maaf kepada semua yang terlibat terutama kepada syarikat-syarikat yang menaja majlis ini. Kami sedang menghantar surat penangguhan majlis kepada semua yang terlibat. Bagaimanapun ia akan tetap diadakan pada bulan Februari depan," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Keputusan menangguhkan acara itu dibuat oleh jawatankuasa penganjuran yang bermesyuarat hari ini. -BERNAMA

Artikel Berikut

Ancelotti Kecewa

Artikel Lain