suria

Huddlestone Berehat Tiga Bulan

PENGURUS Tottenham Hotspur, Harry Redknapp sekali lagi dibelenggu masalah kecederaan apabila pemain tengah, Tom Huddlestone (gambar), dinasihatkan supaya menjalani pembedahan buku lali.

Ekoran itu Huddlestone akan berehat selama tiga bulan.

Keputusan pembedahan itu dibuat selepas Huddlestone melalui pemeriksaan lanjutan sekali gus mematikan hasrat pemain berusia 23 tahun itu untuk beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Huddlestone juga bakal terlepas jadual padat sepanjang Krismas nanti.

"Selepas pertemuan dengan beberapa doktor pakar, Huddlestone akan menjalani pembedahan di bahagian buku lali.

"Prosedur itu menyebabkan pemain kebangsaan England itu terlepas perlawanan selama tiga bulan," menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web Spurs.

Artikel Berikut

Ancelotti Kecewa

Artikel Lain