FAM Duduki Tangga Teratas Tadbir Urus Persatuan Terbaik - Sukan | mStar

FAM Duduki Tangga Teratas Tadbir Urus Persatuan Terbaik

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)menduduki tangga teratas kategori amalan tadbir urus persatuan terbaik dalam senarai tujuh daripada 22 persatuan sukan di negara ini.

Bekas Pesuruhjaya Sukan Datuk Nik Mahmud Nik Yusuf berkata selain FAM, enam persatuan lain ialah Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Persatuan Golf Malaysia (MGA), Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

"Kesemua tujuh persatuan itu berada dalam kategori A atau diberikan markah melebihi 80 peratus dalam penilaian tadbir urus yang dijalankan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PSS) sejak awal tahun ini sehingga Ogos," kata Nik Mahmud baru-baru ini.

Nik Mahmud tamat kontraknya pada Khamis lepas selepas dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan bagi menggantikan tempat Tan Sri Elyas Omar pada 14 April 2008.

Beliau berkata penilaian yang dijalankan oleh PPS ke atas 22 daripada 26 persatuan kebangsaan di sekitar Lembah Klang tertumpu kepada aspek pelaksanaan urus tadbir persatuan yang merangkumi perjalanan dan pematuhan perlembagaan, mesyuarat agong, bajet, laporan kewangan serta aktiviti yang dijalankan.

Menurutnya persatuan dalam kategori B atau mendapat markah melebihi 70 peratus ialah Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dan Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM).

Persatuan dalam kategori C atau mendapat 55-69 peratus markah ialah Persekutuan Gimnastik Malaysia sementara Persatuan Bola Baling Malaysia berada di kategori D atau mendapat 40 peratus markah.

Dua persatuan yang berada di kategori E atau mendapat kurang 39 peratus markah ialah Persatuan Baseball Amatur Malaysia dan Persatuan Mendayung Malaysia sementara persatuan lain berada di kategori yang lebih rendah.

Nik Mahmud berkata berdasarkan penilaian yang dijalankan itu, masalah utama yang dihadapi oleh persatuan ialah tahap pematuhan terhadap perlembagaan serta perkara yang diputuskan pada mesyuarat agong.

"Daripada kesemua persatuan yang dinilai itu, hanya tujuh persatuan dalam kategori A atau 34 peratus daripada 22 persatuan yang mempunyai tahap pematuhan yang tinggi," katanya.

Pada tahun lepas, katanya, hampir setengah daripada persatuan sukan kebangsaan tidak menghantar laporan tahunan kepada PPS.

Beliau berkata laporan penilaian tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan sebagai asas untuk sistem rating yang bertujuan menilai persatuan bagi tujuan pemberian peruntukan pada tahun hadapan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hodgson Tetap Pertahankan The Reds

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain