suria

Chong Wei Tepati Ramalan Menang Emas

NEW DELHI: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan dengan memenangi pingat emas untuk Malaysia bagi acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel di sini, Khamis.

Dalam acara akhir di Kompleks Sukan Sri Fort, juara All-England itu dengan mudah mengetepikan cabaran Rajiv Ouseph dari England 21-10, 21-8 untuk menyumbang emas ke-11 bagi Malaysia pada temasya sukan itu kali ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain