suria

Spurs Haram Penggunaan Vuvuzela

Penggunaan vuvuzela diharamkan di White Hart Lane.
Penggunaan vuvuzela diharamkan di White Hart Lane.
Penggunaan vuvuzela diharamkan di White Hart Lane.

LONDON: Tottenham Hotspur menjadi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama yang mengharamkan penggunakan vuvuzela di gelanggang mereka.

Sebilangan kelab bola sepak dunia sudah melarang penggunaan alat muzik kontroversi itu di stadium mereka dan kini Spurs mengambil pendekatan serupa.

"Berikutan perbincangan dengan polis dan wakil daripada pihak berkuasa perlesenan tempatan, kami melarang penggunaan vuvuzela atau alatan serupa di White Hart Lane ketika perlawanan," kata Spurs dalam laman web mereka.

Kelab itu memberitahu mereka bimbang jika penggunaan alatan itu di dalam stadium akan memberi risiko terhadap aspek keselamatan orang awam dan boleh menjejaskan pendengaran penyokong terhadap sebarang pengumuman kecemasan.

Dalam kenyataan itu juga Spurs menyebut mereka amat berbangga dengan suasana menakjubkan yang ditunjukkan penyokong secara spontan di White Hart Lane dan mahu semangat seperti itu berterusan pada kempen akan datang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain