suria

Usaha Keras Lotus Racing Berbaloi

Tony tetap berpuas hati dengan prestasi pasukan Lotus Racing.
Tony tetap berpuas hati dengan prestasi pasukan Lotus Racing.
Tony tetap berpuas hati dengan prestasi pasukan Lotus Racing.

PEMANDU Lotus Racing, Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen masing-masing menamatkan perlumbaan Grand Prix Britain di tempat ke-16 dan ke-17, semalam.

Perlumbaan di Litar Silverstone itu dimeriahkan dengan perasmian pangkalan terbaru pasukan itu oleh tetamu kehormat Hazel Chapman di samping Tony Fernandes, Kamarudin Meranun, Bette Hill dan bekas juara dunia Nigel Mansell yang juga pegawai bertugas FIA untuk Grand Prix Britain.

Turlli yang mengemudi jentera T127-04 memberitahu dia berupaya meyaingi pasukan lain selepas melalui minggu yang sukar.

"Sudah semesti saya gembira. Kejayaan ini adalah untuk semua pasukan kerana mereka telah bekerja keras walaupun mengalami beberapa kesulitan. Akhirnya usaha itu membuahkan hasil," katanya.

Menurut Kovalainen, strateginya begitu baik sepanjang perlumbaan itu namun dia kehilangan posisi pada lap pertama sebelum kembali menemui semula rentaknya.

"Ia amat mengecewakan. Saya tidak kisah jika tertinggal di belakang tetapi malu kerana gagal merapatkan jurang mata dengan pencabar lain," ujarnya.

Secara keseluruhan, Kovalainen amat berpuas hati dengan prestasi mereka memandangkan kedua-duanya mengungguli kedudukan ke-16 dan ke-17 walaupun mengalami sedikit gangguan teknikal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknikal Lotus Racing, Mike Gascoyne menyifatkan usaha keras mereka berbaloi kerana kedua-dua jentera tersebut berjaya menamatkan perlumbaan kali ini.

"Tahniah kepada kesemua kakitangan dalam pasukan ini. Sekali lagi kita berjaya membantu mencipta prestasi cemerlang untuk pasukan," tambahnya.

Gascoyne turut meminta maaf kepada Kovalainen apabila mereka menghadapi masalah di pitstop tetapi dia tetap meneruskan pemanduan terbaik untuk menduduki tempat ke-17.

Pengetua Pasukan Lotus Racing, Tony Fernandes menyuarakan rasa bangga dengan pencapaian kedua-dua pelumba itu.

"Ia adalah hari yang dinantikan kami dalam beberapa perlumbaan terdahulu. Saya amat gembira. Walaupun strategi di pitstop tidak seperti dirancang, kami berjaya mengatasinya dan segalanya berhasil di hujung saingan," jelasnya.

Artikel Berikut

Chong Wei Terus Unggul

Artikel Lain