suria

GP Malaysia: Mew Choo Tersungkur

JOHOR BAHARU: Pemain perseorangan wanita negara Wong Mew Choo gagal mara ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia 2010 selepas tewas kepada pemain Hong Kong, Zhou Mi.

Mew Cho, yang merupakan pilihan keempat, tewas 21-19, 12-21, 15-21 kepada pemain pilihan kedua itu dalam kejohanan yang diadakan di Stadium Bandaraya Johor Baharu di sini pada Sabtu.

Bermula dengan baik di set pertama, Mew Choo hilang rentak di set kedua selepas melakukan kesilapan berturut-turut.

"Bola yang saya pukul asyik keluar dan saya cuba mengawalnya dengan tetapi tidak dapat," katanya kepada pemberita.

Dalam set penentuan, beliau cuba bangkit namun keyakinan Zhou Mi telah meningkat untuk menghalang kemaraan Mew Choo.

Zhou Mi akan bertemu dengan rakan senegaranya, pilihan ketiga Yip Pui Yin yang menewaskan pilihan pertama Pi Hongyan dari Perancis 10-21, 21-10, 21-11.

Pui Yin tewas di set pertama namun bangkit untuk mendahului Hongyan di set kedua dan set penentuan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain