Saya Tidak Layak Dapat Kad Merah:Melo - Sukan | mStar

Saya Tidak Layak Dapat Kad Merah:Melo

Robben mengerang kesakitan selepas diasak Melo (kanan). - Foto AP
Robben mengerang kesakitan selepas diasak Melo (kanan). - Foto AP

PEMAIN tengah Brazil, Felipe Melo mengakui perasaannya kini bercampur baur selepas The Selecao tersingkir kepada Belanda pada pusingan suku akhir, kelmarin.

Juara dunia lima kali itu mendahului dengan 1-0 menerusi jaringan penyerang Robinho seawal minit ke-10 sebelum Belanda mencatat kemenangan dramatik 2-1 pada babak kedua.

Felipe Melo menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-53 dan diperintah keluar padang 20 minit kemudian selepas melakukan terjahan kasar terhadap pemain sayap Belanda, Arjen Robben.

"Dari gol pertama, Julio Cesar berada di depan saya dan saya tidak ingat sama ada bola itu menyentuh saya atau dia. Sungguh mengecewakan apabila melihat bola itu masuk ke gawang sendiri.

"Untuk gol kedua, kami tidak sepatutnya membenarkan pemain seperti Wesley Sneijder menanduk masuk bola ke dalam gawang," katanya.

Begitupun, pemain berusia 27 tahun itu tidak berpuas hati dengan keputusan layangan kad merah yang diterimanya.

"Ia berbeza apabila menerima kad merah kerana menumbuk atau meludah ke arah seseorang berbanding asakan biasa.

"Terjahan yang dilakukan Pepe terhadap saya lebih teruk. Ia bergantung kepada interpretasi pengadil dan saya rasa ia terlalu menyakitkan," jelasnya.

Menurutnya, Robben sentiasa melakukan serangan.

"Jika saya mahu menyakitinya, dia boleh meninggalkan padang. Saya mempunyai tenaga yang cukup untuk mematahkan kakinya.

"Setiap kali saya mengasaknya, dia akan melompat dan berpura-pura jatuh. Saya hanya mahu merampas bola dan melakukan serangan balas," tambahnya.

Pemain Juventus itu mengakui sukar bagi Brazil untuk menerima kekalahan itu memandangkan mereka sudah bekerja keras untuk sampai ke peringkat ini.

"Mungkin ini barisan terbaik yang pernah dimiliki Brazil setakat ini. Semua pemain fokus dan sudah menunjukkan komitmen 100 peratus," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sepanyol Sekat Kemaraan Paraguay

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain