suria

Ferguson Yakin Henry Akan Cemerlang Bersama Red Bulls

Henry meraikan kejayan Barcelona menjulang trofi La Liga bersama pengurus, Josep Guardiola. Foto AP
Henry meraikan kejayan Barcelona menjulang trofi La Liga bersama pengurus, Josep Guardiola. Foto AP
Henry meraikan kejayan Barcelona menjulang trofi La Liga bersama pengurus, Josep Guardiola. Foto AP

NEW YORK: Meskipun Thierry Henry dan New York Red Bulls belum mengumumkan sebarang persetujuan berhubung perbincangan mereka, Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson percaya penyerang Barcelona itu akan menyerlah dalam Major League Soccer (MLS).

Pada minggu ini, ejen Henry, Darren Dein berkata masih terlalu awal untuk mengaitkan pemain berusia 32 tahun itu akan menyertai Red Bulls selepas tamat aksi Piala Dunia.

Henry masih mempunyai kontrak selama satu musim di Nou Camp tetapi dia hanya beraksi dalam 15 perlawanan sepanjang kempen La Liga yang baru saja berakhir minggu lalu.

Bercakap pada sidang media kelmarin, Ferguson menyokong keputusan Henry jika perpindahannya ke MLS menjadi kenyataan.

"Dia masih hebat. Mungkin dia tidak tangkas seperti lima tahun lalu tetapi lariannya masih pada tahap memuaskan. Dengan pengalaman yang dia ada, saya yakin dia akan berjaya di sana kelak. Perkara itu tidak dapat dinafikan," katanya.

Mengulas mengenai kunjungan ke New York pada Jun 2008, Henry berkata dia boleh merasakan dirinya akan menamatkan kariernya bersama kelab MLS itu.

"Saya amat menyintai Amerika begitu juga Sepanyol. Namun bila kontrak saya tamat, saya bebas untuk menyertai mana-mana kelab. Mungkin satu hari nanti impian saya akan terlaksana," katanya.

Bagaimanapun, Dein berkata sebarang perbincangan berhubung masa depan Henry belum diputuskan.

"Dia akan membuat keputusan selepas Piala Dunia," katanya.

Henry beraksi bersama Arsenal sejak 1999 hingga 2007 sebelum berhijrah ke Barcelona. Sepanjang kariernya bersama The Gunners, dia turut menjadi buruan Ferguson.

"Dia antara pemain terbaik. Kelajuan dan jaringannya amat luar biasa. Ketika menyertai Barcelona, era kegemilangan tetap diteruskan," katanya.

Artikel Lain