Malaysia Raih Satu Emas Kejohanan Sukan Layar di China - Sukan | mStar

Malaysia Raih Satu Emas Kejohanan Sukan Layar di China

LANGKAWI: Gandingan pelayar pelapis kebangsaan, Khairunnisa Mohd Afendy dan Norashikin Mohd Sayed memenangi pingat emas apabila mengungguli kelas International 420 (wanita) pada hari keenam Kejohanan Pelayaran Asia ke-14 di Shanwei, Guangdong, China.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia Mohd Afendy Abdullah berkata tiupan angin kencang antara 16 hingga 18 knot dengan keadaan ombak yang tidak berubah setinggi dua hingga tiga meter, memberi kelebihan kepada pelayar negara.

Gandingan Ku Anas Ku Zamil dan Mohd Hafizuddin Mazelan pula berjaya merampas kedudukan tangga kedua terbaik keseluruhan kelas International 420 (lelaki) dan peluang mereka untuk memenangi pingat perak adalah cerah, katanya menerusi email kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Malaysia turut berpeluang memenangi beberapa pingat lagi melalui pelayarnya yang sedang bertarung seperti pelayar elit, Mohd Romzi Mohamad (kelas Laser Radial), Mohamad Farhan dan Ahmaf Latif Khan (kelas Optimist).

Pada perlumbaan semalam, pelayar pelapis kebangsaan Ahmad Latif Khan memintas rakan sepasukannya untuk menduduki tangga kedua kelas Optimist lelaki manakala Mohamad Farhan ketiga. Pelayar tuan rumah Zhang Xiao mempunyai peluang cerah menggondol emas.

Dalam kelas Optimist wanita, Nurul Izzatul Akmal berada pada tangga kelima dan Nur Liyana Mohd Latif di tangga keenam. Pelayar Thailand Nappakao masih mendahulu kelas itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain