suria

Ragbi Wanita Negara Sertai Kejohanan Di Hong Kong

KUALA LUMPUR: Pasukan ragbi wanita kebangsaan yang baru berusia dua tahun akan menyertai kejohanan berprestij 7 Sebelah Hong Kong pada 26 Mac ini, menentang pasukan yang lebih berpengalaman.

Pengurus pasukan, Susanne Olovsson berkata pasukannya menerima penghormatan kerana dijemput bermain di samping pasukan seperti New Zealand, Australia, Afrika Selatan, Kazakhstan, Negara Teluk, Jepun, Singapura, Thailand dan tuan rumah sendiri.

"Pasukan kebangsaan ditubuhkan kira-kira dua tahun lalu dan pengalaman antarabangsa pertama mereka ialah di Kejohanan 7 Sebelah Ragbi Wanita Asia di Pattaya, Thailand Mei tahun lalu.

"Jemputan dari penganjur 7 Sebelah Hong Kong berupa penghormatan kepada kami," kepadanya pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata berbanding dengan pasukan lain yang lebih berpengalaman, pasukan Malaysia masih mentah dan mempunyai kekurangan dari segi fizikal para pemain.

"Namun kami mempunyai sedikit kelebihan dari segi kepantasan," katanya.

Malaysia diundi di dalam Kumpulan B bersama China dan Papua New Guinea.

"Oleh kerana China dijangka mengungguli kumpulan, Malaysia mesti menewaskan Papua New Guinea untuk menempah tempat ke separuh akhir.

"Jika gagal, Malaysia akan hanya bermain dalam kumpulan pasukan yang kalah," kata Olovsson. - BERNAMA

Artikel Berikut

Jadual Liga Inggeris

Artikel Lain