Tiada Jaminan Bagi Pemain Elit Negara: Misbun - Sukan | mStar

Tiada Jaminan Bagi Pemain Elit Negara: Misbun

KUALA LUMPUR: Semua pemain elit, kecuali Datuk Lee Chong Wei, tidak mempunyai jaminan akan terpilih untuk mewakili Malaysia pada Kejohanan Badminton All-England pada Mac ini dan pusingan akhir Piala Thomas/Uber di sini, Mei ini.

Ketua Jurulatih Perseorangan Negara, Datuk Misbun Sidek berkata, kesemua pemain elit termasuk pemain pelapis, akan mengikuti sesi latihan bagi memperbaiki kemahiran serta meningkatkan tahap kecergasan.

"Kami tidak kisah sama ada dia itu pemain elit tetapi yang penting sekali, kami hanya memilih pemain terbaik secara keseluruhan dalam skuad negara," katanya pada program penajaan Maxis di sini hari ini. Chong Wei turut hadir pada majlis itu.

Kejohanan All-England akan berlangsung di Birmingham, England, dari 9 hingga 14 Mac ini manakala Piala Thomas/Uber akan diadakan di sini dari 9 hingga 16 Mei ini.

Di bawah program penajaan selama setahun itu, Misbun dan Chong Wei akan mempromosikan jenama Maxis kepada pemegang kepentingan syarikat itu, pelanggan, peniaga dan pekerja syarikat telekomunikasi itu.

Mengenai persediaan Chong Wei menghadapi All-England, Misbun berkata, terpeluang kepada pemain nombor satu dunia itu untuk menggunakan kesemua strategi yang dipelajari semasa latihan pada pertandingan itu.

Dalam pada itu, Chong Wei berkata, beliau akan mencuba UNTUK merangkul gelaran itu buat julung kali sebelum bercadang bersara kemungkinan pada 2012.

"Pada masa ini, tumpuan saya hanya pada badminton kerana masih boleh memberi sumbangan bermakna," katanya.

Katanya, beliau akan menyertai semula pertandingan dalam sirkit tempatan dan luar negara seperti Grand Prix Johor bulan depan sebagai persediaan menghadapi All-England dan Piala Thomas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain