suria

Skuad Bola Sepak Negara Terpaksa Tangguh Perjalanan Pulang

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak bawah 23 tahun negara yang dijadualkan pulang ke tanah air petang semalam terpaksa menangguh kepulangan mereka apabila pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengalami masalah teknikal.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Kamarulzaman Ali berkata pesawat ganti bagi membawa pulang skuad bola sepak negara telahpun berlepas dari lapangan terbang TUDM, Subang pada pukul lapan malam tadi.

"TUDM telah menghantar pesawat ganti dan skuad bola sepak negara dijangka tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang pada pukul 6.30 pagi hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Mengikut jadual asal, skuad itu tiba di tanahair kira-kira pukul 7 petang ini.

Semalam skuad bimbingan K.Rajagobal mengukir sejarah tersendiri apabila berjaya menyingkirkan pasukan Vietnam 1-0 untuk meraih pingat emas pada saingan akhir bola sepak Sukan SEA ke-25 di stadium Utama Kompleks Sukan, di Vientiane, Laos. - BERNAMA

Artikel Lain