Sesi ujian pasukan F1 Malaysia dijadualkan di Sepang Februari depan - Sukan | mStar

Sesi ujian pasukan F1 Malaysia dijadualkan di Sepang Februari depan

SEPANG: Persediaan pasukan F1 Malaysia untuk menyertai perlumbaan berprestij dunia itu berjalan lancar, dan jentera pertama Malaysia ke perlumbaan tersebut dijadualkan menjalani ujian pra musim di Litar Antarabangsa Sepang, Februari tahun depan.

Ketua pasukan Datuk Seri Tony Fernandes berkata model pertama yang dibangunkan di Norfolk, England, itu dibangunkan tiga hari lebih awal dari jadual dan ia akan menjalani ujian terowong angin.

"Kami sudah pasangkan enjin, kotak gear, dan jalani ujian hentaman. Jentera itu akan berada di Litar Antarabangsa Sepang pada bulan Februari untuk ujian pra-musim dan akan menyertai perlumbaan di Bahrain," katanya.

Pasukan tersebut baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan Bridgestone, pembekal rasmi tayar F1, yang akan membekalkan tayar Potenza kepada semua pasukan yang menyertai kejohanan 2010.

Fernandes berkata nama rasmi pasukan itu ialah Lotus F1 Racing sebagaimana yang ditauliahkan oleh Federation of International Automobile (FIA) September lepas.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Riad Asmat sebagai ketua pegawai eksekutif 1Malaysia F1 Team Sdn Bhd (1MF1T).

Riad, 38, sebelum ini bertugas di pejabat pengarah urusan Proton Holdings Berhad.

1MF1T akan memiliki pejabat sendiri berhampiran laluan masuk utama Litar Antarabangsa Sepang yang menjadi hos F1 Malaysian Grand Prix.

Pasukan itu akan berpindah dari pengkalan semasa di Norfolk, yang ketika ini adalah pengkalan syarikat Lotus Cars yang dimiliki Malaysia, sebaik sahaja pembinaan ibu pejabatnya di sini disiapkan.

Lotus Cars ketika ini dimiliki oleh Proton Holdings Berhad yang mengambil alih syarikat pembuat kereta British itu pada 1994. BERNAMA

Artikel Sebelum

Masa depan cerah bagi sukan ragbi di Malaysia

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain