suria

Kebenaran aktiviti penggambaran beri kelegaan kepada penggiat seni, perancangan 12 filem dihasilkan dalam masa 24 bulan

12 filem dijangka akan dihasilkan dalam tempoh 24 bulan.

BAGI merancakkan industri perfileman tempatan yang semakin tertekan akibat pandemik Covid-19, syarikat produksi kandungan, syarikat produksi kandungan, Zebra Studio Sdn. Bhd. dan syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik, Tremendous Entertainment menandatangani perjanjian usaha sama multi-filem.

Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim berkata, kerjasama ini diharapkan dapat membaik pulih industri perfileman tempatan yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19.

Katanya, ia bukan saja akan memberi dorongan kepada industri filem dan produksi tempatan, tetapi juga akan memberi peluang untuk kandungan Malaysia dipersembahkan di peringkat antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu bekerja dengan tenang... Tam Suhaimi mohon kerajaan beri syarat jelas sebelum benar penggambaran

"Tremendous Entertainment adalah syarikat terkemuka dalam penghasilan konten hiburan di kedua-dua ruang pentas dan media. Dengan kekurangan konten hiburan secara langsung dalam keadaan pandemik, kami mengambil kesempatan ini untuk fokus kepada industri media kami dalam 18 bulan ini.

"Penghasilan filem-filem dengan Zebra Studio adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami untuk memanfaatkan bakat dan infrastruktur yang lebih kukuh di Malaysia untuk menghasilkan konten filem bertaraf antarabangsa," katanya.

Ujar Lim lagi, dia percaya banyak bakat serta karya anak Malaysia perlu diberikan perhatian sewajarnya dunia dan itulah yang pihaknya dan Zebra Studio sedang lakukan menerusi kerjasama yang ditandatangani.

Screenshot 2021-09-19 at 2.19.57 PM

Walaupun dunia sinematik terkesan dengan pandemik Covid-19, Saraleana (kiri) dan Jared Lim percaya masih ada ruang yang boleh diisi bagi memajukan industri perfileman.

"Perjanjian ini menuju kepada visi kami untuk memperluas Tremendous ke arah pendigitalan ketika kami beralih dari pameran acara “stage play” untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan CL Hor dan Sara Nattaya Azmi dari Zebra untuk menghasilkan dan membikin 12 filem. Saya percaya bahawa kandungan yang dihasilkan oleh Malaysia berpotensi tinggi untuk berjaya di peringkat antarabangsa,” kata Lim.

Dalam pada itu, Pengasas dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, dengan penghasilan 12 filem dalam jangka waktu yang disebutkan dapat memberikan anjakan paradigma kepada industri perfileman negara untuk terus berkembang.

"Tremendous Entertainment adalah salah satu syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik yang telah menghasilkan dan mempersembahkan beberapa judul hiburan paling terkenal di dunia.

A filepic of a film production crew shooting a movie on location. Photo: AFP

Kebenaran penggambaran melegakan ramai penggiat seni.

"Dengan usaha sama ini, kami berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkanPerjanjian 12 filem dalam tempoh dua tahu pemulihan industri perfileman tempatan.

"Perkara itu akan membolehkan kami bersama-sama mencipta lebih banyak kandungan global dengan tujuan untuk mendapatkan sorotan antarabangsa mengenai filem dialek khas seni dan budaya Malaysia. Selain itu, dapat memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global," ujar Sara.

Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem dialek Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor, dan empat filem tempatan dialek Cina yang difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Di samping itu, akan ada tiga filem tempatan berbahasa Inggeris yang akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea, China, Indonesia dan India.

Filem pertama dari 12 filem telah selesai dan penggambaran untuk filem kedua akan bermula pada bulan September 2021 ini dengan penerbitannya bermula pada bulan Oktober 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain