suria

M4M4 berjaya kutip RM2.5 juta selepas dua minggu tayangan

Nabila Huda dan Bella Dowanna membawa watak utama dalam filem M4M4.

MASUK minggu kedua tayangan filem M4M4, naskhah terbitan Da Motion Media itu kini sudah mencatatkan jumlah kutipan sebanyak RM2.5 juta.

Penerbitnya, Datin Norliza Samion berasa teruja dengan sambutan hangat yang diberikan penonton sejak mula ditayangkan pada 6 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada yang panas hati, menangis dan berdendam gara-gara tonton filem M4M4!

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau mula penggambaran saya tak balik dua hingga tiga bulan” - Niezam Zaidi tolak tawaran berlakon kerana mahu balik kampung

“Sudah tentu saya berasa gembira dengan sambutan memberansangkan yang diberikan peminat filem tempatan. Di sebalik kerisauan mengenai wabak koronavirus, penonton tetap keluar menonton filem ini. Keunikan serta kekuatan jalan cerita M4M4 menjadi penyebab utama mereka turun memberikan sokongan dengan menonton filem ini.

Antara babak mendebarkan dalam filem M4M4.

“Penonton yang sudah menonton pun memberikan komen-komen memberansangkan di media sosial masing-masing, ia sekali gus membantu mempromosikan lagi filem ini kepada orang ramai di luar sana. Ini membuktikan filem bergenre sebegini turut digemari penonton,” katanya.

Membariskan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Niezam Zaidi, Ungku Hariz, Eyra Hazali dan Izzy Reef, filem arahan Eyra Rahman itu memaparkan genre horror thriller.

Disebabkan sambutan menggalakkan, pihaknya juga dalam perancangan untuk menerbitkan sequel filem M4M4.

“Kita mungkin boleh olah jalan cerita selepas kisah pembalasan dendam si ibu, itu semua masih dalam perancangan kami untuk menerbitkan M4M4 2,” katanya lagi.

M4M4 memaparkan kisah seorang ibu tunggal yang ingin membalas dendam di atas kematian tragik anak gadisnya yang dirogol sekumpulan samseng.

Bakal memasuki minggu ketiga tayangan mulai esok, filem M4M4 akan terus ditayangkan di 101 pawagam di seluruh negara.

M4M4

Artikel Lain