“Kalau mula penggambaran saya tak balik dua hingga tiga bulan” - Niezam Zaidi tolak tawaran berlakon kerana mahu balik kampung

Niezam mendedahkan imej seperti 'gangster' telah menakutkan kanak-kanak untuk mendekatinya.

TIDAK mahu leka dengan kerjaya lakonan, pelakon Niezam Zaidi memberitahu dia menolak banyak tawaran drama semata-mata untuk meluangkan masa bersama keluarga di kampung.

Niezam berkata, dia tidak dapat memberi komitmen penggambaran yang terlalu lama kerana menjaga bapanya yang berusia 65 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Niezam Zaidi Masih Jauh Untuk Ganti Farid Kamil

"Saya tak pernah menghilangkan diri dari industri pun... mungkin sekarang ini lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga di kampung.

"Ayah saya kini sudah 65 tahun, kalau saya mula shooting selalunya saya takkan balik dua hingga tiga bulan.

Niezam membawa watak sebagai seorang penagih dadah dan perogol.

"Saya akan terima kalau untuk filem atau telefilem kerana masa yang pendek dan saya boleh balik kampung selalu," ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, bercakap tentang filem terbaharunya M4M4, Niezam mendedahkan, dia terpaksa berdepan kehidupan yang tidak stabil gara-gara watak sebagai seorang perogol.

Kata Niezam, watak Remy iaitu seorang perogol dan penagih dadah membuatkan dia terbawa-bawa pada kehidupan sebenar sehingga  menjadi hilang arah.

"Untuk pegang dan lakonkan watak ini sangat perit. Selepas habis shooting hampir seminggu saya tak keluar rumah.

"Jujur saya cakap, kita selamat hanya disebabkan agama Islam. Kalau tak ada iman, ya Allah, saya sampai terbawa-bawa karakter itu dalam kehidupan.

Jujur saya cakap, kita selamat hanya disebabkan agama Islam. Kalau kita tak ada iman, ya Allah, saya sampai terbawa-bawa karakter itu dalam kehidupan.

NIEZAM ZAIDI

PELAKON

"Saya jadi lost sampai tak tahu apa yang dah jadi dengan diri saya. Watak ini sangat berat untuk saya," katanya.

Bercerita lanjut Niezam berkata, watak yang memerlukan dia berimej seperti seorang gengster turut membuatkan kanak-kanak berasa takut apabila melihatnya.

"Sepanjang saya melakonkan watak itu, saya jarang nak keluar rumah.

"Tapi bila sekali saya keluar, budak-budak yang nampak saya mereka jadi takut.

"Saya pula suka budak... awalnya saya pelik kenapa mereka nampak takut dengan saya. Rupa-rupanya sebab rambut saya begini," ujarnya.

Niezam Zaidi, M4M4

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain